Wednesday, November 12, 2008

Tinggal Yang Haram, Dapat Yang Halal.

Assalamualikum...
Di sini wawa nak kongsi cerita dengan sahabat2 semua. berkaitan seorang lelaki pada zaman rasulullah yang hebat la bagi wawa..kisahnyer begini.....

kisah seorang lelaki zaman Rasulullah S.A.W yang kerjanya mencuri. Pada suatu subuh, pencuri itu singgah ke Masjid Nabi untuk berlindung. Ketika itu telah masuk waktu subuh lelaki tersebut pun solat jemaah bersam-sama. Sesudah itu, lelaki tersebut sempat mendengar tazkirah daripada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah berpesan " Sesiapa meninggalkan yang haram dan mendekati yang halal, akan Allah berkati seluruh kehidupannya. "

Lelaki itu keluar dari masjid dan melalui sebuah rumah, dilihatnya sebuah rumah yang pintunya terbuka dan terhidang makanan yang enak. Baru sahaja hendak dicapai makanan itu, lelaki tersebut teringat pesanan Rasulullah." Tinggal Yang Haram Dapat Yang Halal". Lalu makanan tadi tidak dijamah oleh lelaki tadi.

kemudian, lelaki tersebut ternampak bilik ke-2 yang penuh dengan emas. lelaki itu berlonjak gembira. tetapi... baru sahaja hendak mengambil emas tersebut lelaki itu teringat lagi pesan Rasulullah sekali lagi. Lalu dia meletakkan semula emas itu. Hatinya hampa.

kemudian, lelaki tersebut terus ke bilik ke-3. Alangkah terkejutnya lelaki tadi kerana terpandang betis kaki seorang wanita yang sangat cantik. Mahu dirapati wanita tersebut kemudian dia terus teringat akan pesan Rasulullah. "Tinggal yang Haram, dapat Yang Halal". Lelaki itu berundur kebelakang dan terlanggar barang . Lelaki itu, terus lari ke masjid. Disebabkan itu, menyebabkan wanita tersebut terjaga dan menjerit sambil berlari menjumpai Nabi Muhammad S.A.W memberitahu rumahnya dimasuki pencuri.

Wanita tersebut memberitahu Rasullullah S.A.W dan meminta baginda mencari seorang pengawal untuknya. Rasulullah mencari2 siapakah lelaki yang paling sesuai untuk wanita tersebut. Akhirnya Rasulullah terpandang seorang jejaka yang sedang bersandar pada dinding masjid. Lelaki itu dipanggil. " Wahai wanita, inginkah jika aku berikan engkau pengawal yang bukan sahaja dapat mengawa hartamu tetapi juga menjadi milikmu". wanita tersebut kehairanan. Baginda memandang lelaki tersebut . "Wahai saudara mahukah kamu kalau aku berikan engkau isteri?". lelaki itu terkejut. Akhirnya mereka dinikahkan.

Sekembalinya ke rumah wanita tersebut, lelaki itu terkejut kerana itulah rumah yang dimasukinya pagi tadi untuk mencuri makanan. Isterinya mengajaknya makan, lelaki itu pun menceritakan bahawa tadi dia berniat untuk mencuri makanan kerana terlalu lapar. Tetapi teringat akan pesan Rasulullah lansung tidak dijamah makanan tersebut.

kemudian, wanita tersebut memimpin tangan suaminya ke bilik ke-2 yang penuh dengan emas. lelaki itu, sekali lagi terkejut dan menceritakan hal yang sebenar kepada wanita tersebut. Wanita itu tersenyum lantas menjemput lelaki tersebut ke bilik peraduan. Lelaki itu tidak menduga sama sekali betis wanita yang dilihatnya itu dan cuba dikekangkan nafsunya daripada berbuat jahat itu rupanya betis isterinya yang sah sekarang.

sejak itu, dia berazam untuk tidak mahu mencuri lagi. Pesanan Rasulullah benar-benar mendidik nya menjadi lelaki yang baik..

hmm.... macam 2 l alkisahnya. Betapa hebatnya orang-orang dahulu apabila mendengar pesanan Rasulullah. Sekali dengar sahaja pesanan Rasullullah, terus meninggalkan kejahatan yang difikirkan. Rasulullah kita yang hebat.. Semoga kita semua dapat pengajaran dari cerita ni.. kalau sahabat2 nak cerita yang best lagi, bolehlah beli Majalah Anis. Cerita ni pun wawa ambil dari Majalah Anis keluaran Jun. Kisah ni menyentuh jiwa..hhehe..k Assalamualaikum.. Semoga sesiapa yang membaca artikel ini diberkati dan diampuni dosanya oleh ALLAh yang esa. Insyaallah...

2 comments:

NOOR AZLIZA ABI ABDULLAH said...

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. [Al-A'raaf 7: 179]

Gaya Hidup Sihat said...

salam..bnyk3 post yg fendi bc, ini yg paling membuatkan fendi tertarik dan menyentuh hati...:| peace:)