Wednesday, February 3, 2010

PENGAJIAN HADIS

Assalamualaikum
Agak lama tidak menulis kat blog ni. Hampir terlupa akan dia..:).. bila tengok shoutmix kt sudut sembang2 tu, baru la tersedar nak menulis balik…jazakaAllah pada saudara yg menggelarkan dirinya Quest(mcm kenal je sapa 2), and jazakillah kak liza.. hmm..so, tuk permulaan kembalinya sy menlis, di sini saya ingin berkongsi pengajian hadis yang disampaikan oleh ustaz yazid di kolej kediaman ke4 semalam (KK4). Sebelum 2, dijemput sesiapa shj yg mmbca blog ni utk dtg ramai2 kat surau KK4 tuk pengisian jiwa dan rohani..insyaAllah.. setiap hari ada tazkirah..isyaAllah…

Selingan.:
Isnin: ustaz Yusri(-tajuk bebas)
Selasa: ustaz yazid( pengajian hadis)
Rabu: ustaz khairul (tafsir Quran)
Khamis : bacaan yasin

Jumaat : Ustaz Fikri (ahli sunnah wajamaah)
Sabtu: ustaz fendi ( solat)
Ahad : ustaz sabri..kdg2 ustaz zul PMK..

Jemput la datag tuk pegisian ilmu..ok..kita straigt 2 d point kat topic kita. Berkaitan pengajian hadis kan. Okeh..kat sini sya nak berkongsi ilmu hadis yang disampaikan semalam. Sangat menarik pengajaran ustaz sampai rasa rugi sangat2 if xdtg surau hari selasa. Hari2 lain pun sama juga. Bacalah dgn hati bacalah dgn menyebut nama tuhanMU..

Bismillahirahmanirahim..

Hadis ke 182 yang bermaksud

Dari Abdullah bin Amru in Ash dia berkata bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, sesungguhnya hati-hati anak adam semuanya di antara dua jari dari jari jari Allah yang Rahman. Seperti sekeping hati yang dibalikkan apa yang dia kehendaki. Kemudian rasulullah berdoa ,

“ya allah yang mencondongkan hati-hati, condongkanlah hati-hati kami atas ketaatan padamu”(maksud dlm BM)

Pengajaran hadis ni ada 3 iaitu:

1)sifat hati

-sifat hati itu Sentiasa berbolak-balik. Jika tidak dibelai dengan iman, hati ini umpama lalang yang mudah sahaja mengikut tiupan angin,sekejap ke sana sekejap ke sini.
Di sini, ustaz selalu berpesan untuk menjaga hati, kita haruslah Sentiasa ke majlis2 ilmu. 3 hari kita tak ke majlis ilmu(agama) hati akan ada titik hitam di hati, dan Sentiasa muhasabah diri.

2) kita disuruh untuk meminta dari Allah supaya menetapkan hati kita dalam ketaatan kepadaNYa.

3)tiada tempat mengharap melainkan pada Allah semata-mata.

Maksdnya jangan mudah berputus asa dan kecewa dengan musibah dan ujian yang melanda kerana setiap umat islam itu akan diuji hatinya, Allah pasti memberi, dan ustaz berpesan agar membaca penghulu istigfar setiap hari. insyaAllah..

Hadis ke 183 yg bermaksud:

Telah berkata Abdullah bin Umar, Rasulullah telah bersabda, setiap sesuatu tu ada hadnya sehinggakan lemah dan cerdik pun

Hadis ni ada 3 pengajaran juga.
1) Setiap sesuatu ada hadnya (batas)
2) Had sesuatu itu diambil dari had agama
3) Agama menjadi sebagai kayu ukur kepda stiap sesuatu perkara.
-maksudnya kita haruslah menegur seseorang untuk kebaikan dan teguran tersebut bukanlah untuk bermegah2 tetapi kerana tuntutan agama atas arahan dari Allah S.W.T

Hadis ke 184 yg bermaksud:

Dari Abu Hurairah dia telah berkta, telah bersabda Rasulullah s.a.w, tiadalah setiap yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadan fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan mereka yahudi dan nasrani dan memajusikannya.

Dalam hadis ini ada 3 pengajaran iaitu:
1) Ibu bapa pemberi contoh kepada anak-anak.
Di sini ustaz member contoh Luqmanl Hakim, di mana apabila ditanya kepada luqman , “bagaimana kamu menididik anak kamu sehingga sedemikan rupa?” lalu Luqman pun menjawab, “ sebelum anak aku ini lahir, 20 tahun sebelum itu aku menjadikan diri aku seorang yang soleh”. Maksudnya kat sini, sebelum berumah tangga , perlulah mendidik diri menjadi individu muslim yang baik sejajar dgn perintah agama. insyaAllah.

2) Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah yang baik
Semua anak-anak (bayi) yang dilahirkan adalah islam, (fitrah)

3) Ibu bapa yang membentuk mereka.

Hadis ke 185 yang bermaksud:
“abu Hurairah dia telah berkata, telah bersabda rasulullah s.a.w , Orang mukmin yang kuat lebih baik dan dsukai oleh Allah dari mukmin yang lemah.

Terdapat 3 juga pengajaran dalam hadis ini iaitu:
1) Orang mukmin yang kuat disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah

2) Orang mukmin sifatnya Sentiasa membina kehebata dirinya
-sentiasa tingkatkan ilmu dan perbaiki diri, muhasabah dri setiap hari, agae peingkatan amal dapat dilakukan. Orang yang kuat adalah orang yang sabar apbila ditimpa musibah.

3) Orang yang kuat yang disukai oleh Allah adalah orang yang beriman.
-contoh orang yang kuat adalah Sultan Muhamad Al-Fateh, di mana sewaktu berusia 33 tahun beliau Berjaya menawan kembali constantinople di Istanbul. Tenteranya adalah sebaiK-baik tentera dan mereka adalah orang2 yang beriman.

Hadis ke 186 bermaksud

"Dari Abu hurairah dia berkata, telah bersabda Rasulullah S.a.w ada setiap kebaikan, rebutlah apa yang member manfaat kepada kamu, dan mintalah pertolongan dari Allah dan jangan lemah. Dan jika menimpamu sesuatu, maka janganlah kamu berkata sesungguhnya (kalau dketahui aku buat begitu dan begini tetapi katakanlah Allah telah menetapkan dan apa yang dia kehendaki dia akan buat, maka sesungguhnya perkataan “jika” memuka angkara iblis.

Pengajaran hadis ini ada tujuh iaitu:
1) kita disuruh merebut perkara yang memberi manfaat untuk akhirat
2) kita disuruh membuat pergantungan pertolongan dari Allah
3)kita disuruh untuk jangan lemah semangat di dalam melakukan pekerjaan
4)kita disuruh tidak gundah gulana(bersedih hati) dalam apa yang telah ditetapkan kerana semuanya ada hikmah disebalik kejadian.
5)kita disuruh yakin dengan ketentuan Allah kerana ia adalah yang terbaik untuk diri kita
6) kita tidak disuruh mengeluh.
-kaum wanita selalunya dikaitakan dengan sikap ini, kerana keluhan ini berkaitan dengan emosi. So, kpd muslimah2 kawallah emosi semampu boleh kerana wanita yang kuat adalah wanita yang mampu mengawal emosi dan perasannya.
7) kita disuruh untuk tidak berkata “jika/kalau/ kerana ia akan membuka pintu syaitan ke dalam diri kita.

Itu sahaja, pengajaran hadis semalam. insyaAllah bertemu di post yang akan dating.. afwan. Semoga kita semua berada dalam limpahan Hidayah dan TaufiqNYA..Amin..

Rindu Padamu




Hari ni, xtau kenapa hati saya sangat rindu pada adik khadijah. Sy akui saya tidaklah terlalu rapat dengannya, mungkin jarak umur dan cara kami dibesarkan yang membezakan. Tapi hati saya sangat rindu padanya. Terlalu rindu. Sampai hari ni, semasa dengar tazkirah ustaz yazid di surau KK4, ustaz menyebut nama Khadijah untuk dijadikan contoh.. terngiang-ngiang sebutan ustaz “Jah..o Jah..” dalam ceramah hadisnya semalam.. hati terus rasa sebak apabila mendengar panggilan tersebut.. kat rumah selalu panggil khadijah dengan panggilan ijah, kadang2 “jah”..hmm..ijah je la yang dipanggil nama, sbb kami semua yang kakak2 ni ada panggilan sndiri dalam keluarga, ada along, angah, dan saya acik, ijah xde gelaran, dan yang bawah2 semua hero2 belaka. Hmm..sebut hero teringat pula kat myzero 2hero…adik jga 2..

Ya Allah. Semoga Allah Sentiasa bersamanya, menjaganya, dan melindunginya daripada perkara-perkara yang negative dan Sentiasa berada dalam hidayahNYA.. adik.. kak cik sangat sayang pada kamu sebenarnya walau mcm mana pun …huhuhuhuhuhu… semoga angin kerinduan ini sampai ke lubuk hatinya.. adikku siti khadijah..

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


KEPADA KELUARGA DAN SAHABAT-SAHABAT SEMUA...
MAK, ABAH, AND ALL FAMILY, USRAHMATE, SAHABAT-SAHABAT PAKK UM(TIHAH, HUDA, AJAT, AMA, SEMUA2 LA...DARI TAHUN 1-TAHUN 4),SAHABAT2 UM, BUDAK2 BALAI BESTARI (KK4), <MY ROOMATE>KAK YAN, AYU, KAK INTAN, KAK SHI,KAK YAI, KAK HUDA, AISHAH, TIKAH, K.LIZA,SYIDAH, FENDI, AZRI, STUDENT SEK.MEN.KEB. SERI JENGKA( 6 ATAS 2),(JULIE, IZANI, MIRA, ILA,EPA, POI, AINI, MUADZ, FADZIL, IZMA,AND SEMUA2), SEK.MEN.KEB.JENGKA 2, SEK.KEB ULU JEMPOL,SEK.KEB, BANDAR JENGKA, TASKA AGAMA RAKYAT, FELDA ULU JEMPOL, DAN SEMUA2 LA YANG MENGENALI DIRI INI.............
WAWA UCAPKAN ;
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
"MAAFKAN SEGALA KHILAF"
"DI MALAM YANG HENING INI,
INGIN SEKALI AKU MEMOHON,
RIBUAN KEMAAFAN DARI KAMU
KERANA TELAH TERLANJUR KATA
DAN TERKASAR BAHASA
SEBAGAI INSAN BIASA MEMANG
KITA TIDAK AKAN LARI DARI
MELAKUKAN KESILAPAN DAN KESALAHAN.
MAAF DIPINTA,
SEMOGA DALAM BERKAT ILAHI"
~UKHWAH FILLAH~

Tuesday, September 15, 2009

......TAFSIRAN MANUSIA.......

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata,

'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula,

"Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi,

"Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata,

"Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,

"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,

"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

sahabat2, memang kita tidak akan terlepas dengan tafsiran manusia yang pelbagai. Tanpa, usul periksa, tanpa mengetahui hal yg sebenar, tanpa perbincangan terlebih dahulu, manusia sangat mudah membuat tafsiran. Sudah menjadi lumrah manusia begitu. Kadang-kadang, tafsiran mereka itu, tersasar jauh dengan perkara yang sebenarnya. Dan ada kalanya, tafsiran manusia itu, membuatkan diri kita hilang pertimbangan. Hati menjadi lemah, hidup tidak ceria, dan sering megelakkan diri dengan masyarakat. Sedangkan hal yang sebenarnya tidaklah begitu.

Tatkala hati ini menjadi resah,sempit, dan terhiris luka dengan ucapan2 manusia yg tidak mengerti, maka pertamanya ucapkanlah istigfar, mungkin ada kelakuan kita atau percakapan kita yang mungkin telah melampaui batas. Anggaplah ia hanya ujian dari ilahi untuk menguji sejauh mana ketabahan dan kesabaran hati ini dalam meneroka kehidupan di dunia. Janganlah terus-menerus menyalahkan orang lain tanpa melihat kelemahan diri sendiri. Jika niat kita benar-benar suci dan lurus benar kerana Allah, usahlah gentar dan takut dengan tafsiran2 manusia itu lagi. Cukulah Allah yang mengetahui. Cukuplah Allah yang tahu segalanya..

" barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar , dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka , dan barangsiapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya" ( At-Thalaq:2-3).

mulakan langkah baru dengan senyuman, ikhlas, dan ingatan tulus kepada Allah yang sangat2 hampir dengan kita, dan ingatlah pesanan Luqman hakim di atas yang jelas mengatakan bahawa "Sesungguhnya tiada siapa yang terlepas dari percakapan manusia"...

~Nabi kita yang mulia itu pun tidak terlepas dari ucapan manusia, apatah lagi kita yang hidup di arus pemodenan yang penuh dugaan dan noda ini. Muhasabahlah diri, dan kembalikannya kepada AL-Khaliq.. InsyaAllah.. Wallahu'alam ~

~HIDUPLAH DENGAN BERSANGKA BAIK~:)

Monday, August 31, 2009

Marhaban Ya Ramadhan..

MARHABAN YA RAMADHAN
1)Ramadhan bulan rahmat, keampunan, dan dijauhkan dari neraka.
pertama2 nya ucapkanlah syukur Alhamdulillah kerana kita diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan. di mana bulan ramadhan ini juga adalah bulan yang diberkahi, bulan rahmat, dan bulan keampunan.

telah datang kepadamu satu bulan dimana pada awalnya adalah rahmat,pertengahannya keampunan, dan pengakhirannya adalah dihindari dari azab api neraka”.
pada bulan ramadhan juga pintu neraka akan ditutup, dan Allah membuka seluas-luasnya pintu syurga untuk kita.


Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepadaTuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu.

2. Bulan ibadah.
dalam bersahur ada pahala, tidur juga dianggap ibadah, setiap nafas yang menyebut dan menginagti Allah juga adlah ibadah. Ibadah-ibadah ini pula diganda2kan ganjaran pahalanya. Dalam berbuka adalah keindahan, menahan diri menahan lidah menjaga hati menjaga mata, pahala datang berlipat ganda,belumba-lumba lah untuk ibadah.

Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmuditerima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu denganniat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untukmelakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar danhausmu di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan miskin

3..Bulan Zero Syaitan
selama 11 bulan hati kita diserang oleh virus-virus kejahatan syaitan dan hawa nafsu. Asakan, bisikan demi bisikan dan godaan-godaan yang telah dilakukan oleh syaitan dan pengikutnya kadang kalanya melemahkan manusia dan membawa kepada kelalaian. Dan Allah member kepada hambanya satu bulan di mana semua syaitan-syaitan dibelenggu agar ibadah kita dapat dikerjakan dengan baik dan sempurna tanpa gangguan dari syaitan laknatullah.

Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul mukminin k.w. berkata:?Aku berdiri dan berkata: "YaRasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?" Jawab Nabi: "YaAbal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri daipada apa yang diharamkanAllah".

4. Bulan melawan hawa nafsu(tarbiyah diri)
setiap manusia diberikan hawa nafsu yang mana dilihat sebagai ujian bagi kehidupan kita. Hawa nafsu adalah sahabat syaitan dan musuh utama yang paling besar yag ada dalam diri manusia. Hawa nafsu ini yang harus diperangi habis-habisan.Hawa nafsu hanyalah mendidik hati manusia kepada kejahatan dan kesesatan. Memerangi hawa nafsu adalah jihad yang besar.

Nafsu dapat dikawal dengan berpuasa. Syaitan mudah memasuki ke dalam tubuh anusia melalui salur darah, dan perangi lah ia dengan lapar. perut yang terlalu kenyang hanya membantu syaitan dan hawa nafsu untuk bekerja. Berusahalah melawan hawa nafsu kita..

Allah telah berfirman :
“dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan...”
(Yusuf :ayat 53


5. Bulan keampunan, bulan silaturahim, bermaaf-maafan dan berkasih sayang kepada semua makhluk.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tlg abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sblm memasuki bln Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yg berikut: Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yg berdo'a adalah Malaikat & yg meng-amiinkan adalah Rasullullah & para sahabat, & dilakukan pd hari Jumaat. Oleh itu saya terlebih dahulu "memohon maaf" jika saya ada berbuat kesalahan, baik yg tidak di sengaja mahupun yg di sengaja

Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halalkamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamumendengarnya.

6. bulan adanya lailatul Qadar dan solat tarawih.

solat tarawih hanya dilakukan apabila tibanya bulan ramadhan. Inilah satu-satunya solat sunat yang hanya dapat kita lakukan di bulan ramadhan tidak pada bulan yang lain. oleh itu rebutlah peluang untuk melaksanakan solat sunat tarawih dengan sebaiknya.

Pada bulan ini terdapat Lailatul Qadar (malam mulia), yaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, atau sama dengan 83 tahun 4 bulan. Malam di mana pintu-pintu langit dibukakan, do'a dikabulkan, dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan. Sabda Nabi:

"Barangsiapa mendirikan solat pada Lailatul Qadar karana iman dan mengharap pahala, dari Allah niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" (Hadits Muttafaq 'Alaih).

Malam ini terdapat pada sepuluh malam terakhir, dan diharapkan pada malam-malam ganjil lebih kuat daripada di malam-malam lainnya. Oleh itu, seorang muslim yang sentiasa mengharap rahmat Allah dan takut dari seksa-Nya, manfaatkan kesempatan pada malam-malam itu dengan bersungguh-sungguh pada setiap malam dari kesepuluh malam tersebut. Semoga Allah menerima amal ibadah kita, mengampuni, merahmati, dan mengabulkan do'a kita. InsyaAllah. Jom sama2 berusaha.:)