Wednesday, November 12, 2008

HARI INI......

Assalamualaikum w.b.t.......

Hari ini jika aku rasa aku susah, aku miskin,aku rasa lemah dan keseorang tanpa sahabat, ketahuilah aku bahawa di luar sana masih ramai orang yang susah, kehilangan ibu bapa, hidup menderita, tiada rumah dan hanya mengharap kasih-sayang orang lain. Sepatutnya mesti ada rasa syukur dalam hati ini. Syukur atas nikmat yang allah kurniakan. Allah meguji aku dengan dugaan yang kecil begini untuk didik hati aku lebih tabah, sabar dan lebih matang, serta tidak melakukan kesalahan yang berulang-ulang kali. Aku mesti belajar dari kesilapan dan sebaik-baik manusia setelah sedar dia melakukan kesalahan atau dosa segeralah bertaubat. Allah maha pemurah dan pengampun. Aku juga bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang hebat dan berakhlak mulia.. Alhamdulillah..Allah makbulkan doaku yang itu..hanya Allah sahaja mengetahui doaku dan hati ini.

Hari ini aku sedar betapa pentingnya peranan hati dan akal dalam kehidupan. Itulah hati iaitu seketul daging di mana jika elok daging itu,maka eloklah seluruh anggota badan, jika busuk daging itu, maka buruklah segala akhlak dan amalan. Aku sangat memahami hal itu, namun sehingga hari ini, hati aku ini masih tidak mampu untuk lurus. Aku solat, aku membaca al-quran, dan aku berzikir,tetapi ianya masih tidak cukup bagi diri aku. Setiap hari aku berusaha dan muhasabah diri aku sendiri. Ada kala aku menangis tatkala aku sujud menyembah Allah yang esa itu. Aku menangis mengenangkan dosa yang aku lakukan, perkataan yang aku lemparkan, kata-kata hati yang tidak keruan ini,keinginan nafsu yang bermacam-macam ,perasaan marah yang tidak memberi faedah pada diriku dan segala perbuatan ku yang dahulu ada kalanya menjengkelkan dan sebagainya. Adakah masih ada kasih-sayang Allah untuk insan seperti aku?? Adakah tangisan ku semalam mendapat perhatian dari Allah?? Adakah amalan aku diterima?? Sesungguhnya aku hanya hamba Allah yang lemah dan hina.. Aku HANYA HAMBA.....


Hari ini juga kekuatan itu datang..Hati aku baru terasa betapa indahnya syurga Allah. Di sana nanti, tiada derita,tiada duka, tiada resah dan tiada persengketaan. Yang ada hanya kebahagian, keindahan dan suatu tempat yang sangat sempurna untuk melakukan ibadah. Aku juga mula sedar bahawa hanya di syurga lah kehidupan yang menjanjikan erti kebahagian dan hidup selama-lamaya. Bahagia yang tidak dapat digambarkan. Aku teringat buku mengenai rasulullah yang pernah kubaca. Dalam karya tersebut, rasullullah dikatakan pernah bergurau dengan mengatakan ”orang tua tak masuk syurga”. Sebabnya di syurga nanti semua manusia menjadi muda. Jadi tiada manusia yang tua sebab orang tua pun akan jadi muda semula. Bahagia kan jika kita sama-sama dapat masuk syurga, dengan mengalirnya Salsabila dan makanan Salwa. Aku mula terfikir, betapa indahnya jika aku mati syahid kerana Allah. Kadang-kadang aku fikir, saudara islamku di palestin, iraq dan afganistan sangat beruntung kerana mereka dapat mati syahid. Mereka dapat berjihad ke jalan Allah. Kanak-kanak yang dibunuh dan beribu-ribu bayi yang mati akibat tindakan rejim laknatullah itu akan masuk syurga. Tentu bahagia ibu bapa mereka jika mereka ingat akan janji-janji Allah. Sesungguhnya Allah yang maha penyayang itu tidak mungkir pada janjinya. Yang penting hati mesti redha. Tapi kita??apa yang kita jihadkan????...(fikir sendiri)


Hari ini juga aku belajar sesuatu, jika aku inginkan kebahagian dan kejayaan, aku mesti cari peluang dan fikir apa yang boleh buat aku bahagia. Hati mesti bersih..banyakkan istigfar dan bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan.. Dugaan yang lalu, memberi semagat kepada insan yang bergelar aku supaya lebih tabah..Hati mesti redha dengan ketentuan ilahi .. Tak akan aku biarkan hidup ini tersungkur oleh bisikan dan hasutan syaitan dan hawa nafsu.. Tak akan ku biarkan adik-adik ku yang masih kecil tertipu dengan dunia sementara ini. Andaikata ibu dan abah sudah tiada, tidak akan kubiarkan adik-adik kecilku dijaga oleh insan yang tidak bertangjawab kecuali aku benar2 yakin pada pegangan agamanya dan keperibadian sebagai seorang muslim.. IsyaAllah..selagi bernyawa.insyaallah aku berusaha .Aku yakin hari ini, Aku mempunyai pelindung yang hebat dan berkuasa iaitu Allah S.W.T.. Hanya Allah perlindung ku.. InsyaAllah.. Maha Suci Tuhanku..

No comments: