Thursday, November 6, 2008

MULUT...OH..MULUT...


Ok..hari ni, wawa nak kongsi sedikit ilmu berkaitan mulut..ha!kenapa dengan mulut ni.. cuba cek mulut kita, ada tak?hehe.. if ada jaga la elok2..sebenarnya mulut tu hanya luaran sahaja, yang wawa nak ujarkan kat ruangan ni berkaitan percakapan(apa yang kita tuturka)..lebih kepada adap bercakap. Jika kita tengok, hari ni, ramai anak-anak muda, kadang2 tu orang tua pun tak beradap bila bercakap. Cakap pakai sedap mulut jer..sampai boleh menyinggung perasaan orang.. betol x? biasa la, pepatah melayu kata ’ lidah tak bertulang’. So, kat sini, wawa nak bagi 11 adap sewaktu bercakap.

Rasullah S.A.W bersabda:

` Janganlah bercakap melebihi daripada zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dengan Allah”


11 Adap Bercakap:


1) Bercakap dengan nada yang jelastanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.

2) Bercakap di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang,ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

3) Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

4) Jika sesorang tengah makan , maka janganlah bercakap sesuatu yang menjijikkan atau sesuatu yang tidak disukainya.

5) Jangan bercakap didepan orang yang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberi motivasi kepadanya.

6) Jangan sesekali meniru percakapan orang lain.

7) Jangan bercakap secara berkumam mulut.

8) Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci maki.

9) Jangan memanggil orang yang tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya panggillah nama yang memuliakan mereka.

10) Janganlah memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenagkan.

11) Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang kamu sendiri masih kurang pasti mengenainya.


Hm...sumber2 ni wawa baca dalam buku DARA.com keluaran Julai..memang boleh dipercayai.. jadi, kita amalkan yang mana kita mampu.. n lebih penting, jaga mulut bila bercakap, supaya tak menyakiti hati orang lain. Hm..Ustaz Yazid pernah kata, sebenarnya, bila kita nak bercakap tentang sesuatu,tak kira la,apa2 pun yang terkeluar daripada mulut kita ni, sebenarnya telah ditapis, dihalusi oleh hati sebanyak 7 kali. So, pk2 la sendiri hati kita macam mana. Bicara yang mulia melambangkan akhlak muslimah yang baik.. :D..
Wasalam..

No comments: