Monday, July 27, 2009

BILA AL-QURAN MULA BERBICARA

Waktu engkau masih kanak-kanak............. kau laksana kawan sejatiku Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang

Aku,kau junjung dan kau pelajari Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa ............... Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?

Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau,menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali; sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu. Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirianm kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.

Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabardahulu.Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,

Engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah). Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi. Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu. Mengasyikkan. Di meja kerjamu tidakada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu




Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam didepan TV. Menonton siaran telivisyen Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah

Waktupun cepat berlalu......... Aku semakin kusam dalam laci-laci mu Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali Itupun hanya beberapa lembar dariku. Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku

Atau,waktu kematian saudara atau taulan mu Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?

Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t. Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...Setiap saat berlalu... Dan akhirnya..... kubur yang setia menunggumu........... Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati... Di kuburmu nanti.... Aku akan dating sebagai pemuda gagah nan tampan. Yang akan membantu engkau membela diri Dalam perjalanan ke alam akhirat.

Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu. Peganglah Aku kembali.. ..bacalah aku kembali aku setiap hari. Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci. Yang berasal dari Allah Azzawajalla Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu

Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu....... Letakkan aku selalu didepan meja kerjamu. Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu. Sentuhilah Aku kembali... Baca dan pelajari lagi Aku.... Setiap datangnya pagi,petang dan malam hari walau secebis ayat Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil. Di surau kecil kampungmu yang damai Jangan aku engkau biarkan aku sendiri.... Dalam bisu dan sepi....

Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Semoga bermanafaat.

Anda ingin menjadi DA'I SEJUTA E-MAIL tolong anda kirimkan artikel ini kepada sesama muslim, baik keluarga, sahabat dan siapapun yang anda kenal atau silakan cetak untuk bacaan keluarga di rumah. Terima kasih.

Wa Billahit-taufiq wal-hidayah Wassalamualaikum wr.wb "Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk duniamu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk akhiratmu"

Friday, July 24, 2009

AKTIVITI THIS JULAI


"KITA ADALAH KELUARGA"..


Hidup sihat with aktiviti..hihi..hm..assalamualaikum..hari ni, tgh duduk sorang2 depan laptop rasa mcm nak sharing with sahabat2 semua brkaitn aktviti yg dijalankan sepanjang bulan julai ni..hmm...pada 12/7/09, kami sekeluarga (kak liza, aisyah, kak yan, ayu,syidah) telah menjalankan aktiviti bersama pelajar2 istimewa Um (primium) kt taman jaya. seronok sangat bila melihat org lain gembira. Alhamdulillah apa yang dirancang semuanya berjalan lancar, perjalanan pun alhamdulillah dipermudahkan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

jazakillahu kyairn kpd ahli-ahli care 4 all(fizan, akma, yana, fizah,sam) yg turut join meraikan pelajar2 primium dan junior (adik adilah, dan adik nang) yg turut serta. Tak lupa juga pd kak shi, kak yai yg turut membantu.Jasa baik kalian hanya Allah saja yang membalas .

doa ana tuk penggerak utama aktiviti ni iaitu Kak Liza yang sgt komited pd setiap kerja dan bertungkus lumus menyiapkan persiapan, yg rancang aktiviti ni..semoga akak dan kita semua sntiasa dalam rahmat Allah dan diterima segala kebaikan yg dilakukan..insyaAllah :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------


5:30am: hmm..awal pgi dah bangun .solat jemaah and terus siapkan sandwich kasih-sayang.hihihi..sangat seronok wat bersama2.. and kami mulakan perjalanan dgn menaiki bas dan lrt ke taman jaya. alhamdulillah sampai...


9:00 am : tunggu bas rapid kl(ke stesen lrt:universiti) secara berjemaah.. hihihi..




10:00am : sampai kat taman jaya.. (*tempat strategik kami berehlah*)




10:15am: dah nak mulakan sesi ta'aruf (*sebelum 2, hidangkan makanan dulu*..)
(*makanan =cempedak goreng, sandwich, roti jem, buah-buah tempatan, jajan.simple2 je)




10.30am:sesi taaruf bersama2 pelajar primium dan semua yg terlibat.

(*semua org diwajibkan mengingati apa sahaja maklumat yg diberitahu..hmm.mcm2 dapat..hihi*)




10:30 am-11:15: sambil taaruf we all makan2.hihi..






(*sesi suap -menyuap) suapan kasih -sayang.. (with my beloved best friend=kak yan)





11:15 am: dah siap makan2 kemas2 la pulak..:).


11:20am : aktiviti (teka sape)..hmmm..semua kena tutup mata.. bila tirai dibuka, setiap wakil kumpulan mesti teka siapa org dihadapnnya berdasarkan soalan yg ditanya. game ni, hanya menggunakan deria pendengaran (dengar suara) dan deria sentuhan tuk kenali pihak lawan. ada 2 team(kumpulan 1= Halawatul iman, kumpulan 2 =mawaddah..:)..hihihi..resultnyer...kmpln 1 menang sbb dapat teka dengan tepat..tahniah2..:)..sangat seronok and gembira semua.



(*hmmm...bahagia melihat org lain gembira*)hari yg bahagia untuk dinikmati. jam 1:00 pm permainan tamat. sebelum balik kolej masing-masing, kak liza memberi tazkirah sikit berkaitan 'erti syukur". apapun hargailah sesiapa sahaja yg menggembirakan anda, dan ucapkan syukur pada Allah jika diberi nikmat bahagia.
today: 24/7/09 :ana dan sahabat2 PAKK(persatuan pendidikan awal kanak-kanak) akan ke kem raudhah berinteraksi bersama-sama pelajar baru(junior). semoga hari ini lebih baik dari semalam dan perjalanan diberkati Allah..insyaAllah,..salam semua:)..doakan keselamatan kami


p/s: 1)"kamu tidak akan masuk ke syurga jika kamu tidak beriman,dan belumlah kamu beriman jika kamu tidak saling berkasih-sayang, mahukah kamu aku ajarkan bilamana kamu kerjakannya kamu akan berkasih sayang antara satu sama lain?"
maka, tebarkanlah salam antaramu.."
2)kasihlah kamu pada makhluk di bumi, nescaya DIA (ALLAH) yang dilangit akan mengasihimu". Dan pada hari akhirat Allah akan berfirman:
"di manakah orang2 yg saling mencintai kerana keagunganKu? hari ini AKU akan lindungi mereka kerana pada hari ini tidak ada perlindungan melainkan perindunganKu. (hadis Qudsi)

selamat berkasih-sayang semua..insyaALLAH bahagia hendaknya dunia akhirat..:)
assalamualaikum..jumpa lagi di post akan datang..






Saturday, July 18, 2009

KELEBIHAN DAN TARAF PEMBACA AL-QURAN

Assalamualaikum sahabat2 semua. insyaAllah , hari ni ,nak berkongsi berkaitan kelebihan Al-Quran dan taraf @ tingkatan bagi orang yg membacanya. Seperti yg kita sedia maklum, Al-Quran merupakan kalam suci Allah yg dijadikan pegangan dan panduan bagi setiap individu muslim. Di dalam surah Yunus ayat ke 57 (10;57) Allah berfirman yg bermaksud :

“wahai manusia! Sungguh telah datang kepadamu pelajaran( Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada di dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang2 yang beriman”

Penyembuh bagi penyakit bererti bukan sahaja penyakit hati/ di dalam dada(hasad, riak, ujub, megah2, keras hati, dss), tetapi juga penawar bagi penyakit luaran (sakit2 tertentu dgn bacaan ayat2 al-quran yg tertentu. InsyaAllah).

Memberi petunjuk serta rahmat. Al-Quran adalah kitab suci yg lengkap kerana segala penyelesaian masalah terdapat di dalam Al-Quran. Begitu juga dengan peringatan2 berkaitan hari Akhirat(hidup sesudah mati/ hari kebangkitan) dan keagungan Allah. Sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda

Aku tingkalkan kamu kepada dua perkara, di mana jika kamu ikutinya kamu tidak akan tersesat. Dua perkara itu adalah Al-Quran dan As-Sunnah(sunah2 Nabi Muhammad s.a.w)”

Di dalam petikan dari ‘Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya’ oleh Ustaz Abdullah Al-Qari bin Hj. Salleh mengupas kelebihan2 mereka yg membaca Al-Quran antaranya:

1). Pahala membaca satu huruf Al-Quran
i) dalam sembahyang= 100 kebajikan
ii)di luar sembahyang dengan berwuduk = 50 kebajikan
iii)tanpa wuduk = 10 kebajikan.

2. Pembaca Al-Quran adalah hartawan dan pahala membacanya tidak akan terputus mengikut ibnu Abbas.

3. Untuk selamat dari api neraka dan dilindungi daripada godaan syaitan

4. Al-Quran menjadi pembela di hari kiamat.

5. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.

6. Pembaca akan mendapat kemuliaan di dalam syurga.

7. Pembaca peroleh keamanan

8. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh Malaikat di langit.

9. Jika dibaca di rumah, akan memberi cahaya kepada rumah tersebut.

10. Mempelajari Al-quran dan membacanya mendapat keberkatan dan keharmonian hidup

Masa Yg Diutamakan Membaca Al-Quran
1. Waktu tgh malam sehingga terbit fajar
2. Di antara waktu magrib dan isya’
3. Sesudah sembahyang subuh.

Dan boleh dibaca bila2 waktu sahaja.. J
Tingkatan Pembaca Al-Quran.

1. Jutawan = membaca 300 hingga 1000 ayat setiap malam.
2. Jayawan = membaca 200 hingga 299 ayat setiap malam
3. Setiawan = membaca 100 hingga 199 ayat setiap malam
4. Pemelihara = membaca 50 hingga 99 ayat setiap malam
5. Yang ingat = membaca 10 hingga 49 ayat setiap malam
6.
Yang lalai = membaca 0 hingga 9 ayat setiap malam.

insyaAllah. Usahalah sebaik yg mungkin untuk mempelajarinya. Sesungguhnya Allah melihat kepada ketekunan dan usaha kita berbanding hasilnya. kita memilih Allah juga memilih,tetapi pilihan Allah itu lbh baik. Jadi buatlah pilihan yg tepat untk mencorak kehidupan diri.selamat merenung hati..:) insyaAllah tanamkan niat di hati utk menjadi jutawan setiap hari. Semoga menjadi panduan kepada diri sendiri dan sahabat2 semua.

Wednesday, July 8, 2009

MAAFKAN DAN LUPAKAN....

Ini sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Ditengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya.
Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir;


“HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENAMPAR PIPIKU.”

Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, mencoba berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu;

“HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENYELAMATKAN NYAWAKU.”

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya,

"Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu ?"

Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya diatas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak bisa hilang tertiup angin."


Sangat tersetuh jiwa sy membaca cerita di atas. Suatu kisah persahabatan. Memaafi dan melupakan kenangan pahit yang pernah dilalui bersama seorang yang bernama sahabat adalah sangat penting dan perlu. Bagi sy sendiri, setiap kesalahan yang dilakukan oleh sahabat kesanyangan kita tidak perlu disimpan terlalu lama kerana ia akan merosakkan diri dan hati. Buangah segala kenangan yang tidak perlu diingati dan sedialah memaafi diri sendiri dan setiap insan yang pernah melukakan hati kita. Walaupun insan itu adalah orang yang paling kita sayangi atau yang kita benci. Bak kata pepatah “Buang yang keruh ambil yang jernih”. insyaAllah akan lebih gembira hidup kita.

Sandarkanlah kasih dan sayang kita kepada sahabat kerana Allah. Sejauh mana dugaan dan ujian yang hadir dalam sesebuah persahabatn yg tulus ikhlas itu, akan diharungi bersama dan diberkati. insyaAllah. yakinlah pada janji Allah itu, Hargailah dan balaslah kasih sayang sahabat2 yang telah melahirkan rasa sayangnya pada kita..insyaAllah, hati menjadi bahagia kerana apa yang kita lakukan adalah keranaNYA..

ingin sy berkongsi apa yg perlu kita lakukan kepada sahabat kita yang tersayang:
1)menghormatinya.
2)memujinya.
3)menyimpan rahsianya
4)sentiasa tersenyum padanya(lakukan setiap hari)
5)berguraulah dgn sahabat mengikut batasan.
6)tidak berkira./tak kedekut
7)sentiasa ingat-mengingati suruhan dan larangan dlm agama.
8)ingtlah dirinya dalam setiap doa walaupun sahabat itu telah tiada.

dan banyak lagi perkara yg positif perlu dilakukan untuk mengeratkan ikatan kasih-sayang dalam persahabatan. perlu diingat juga batasan agama dan seelok-eloknya carilah sahabat yang sentiasa membuatkan diri kita ingat kepada pencipta(ALLAH).. InsyaAllah..

~teman adalah cermin kepada diri..~
~berkasih-sayanglah kerana Allah~
~meminta maaf dan maafilah diri sendiri dan orang lain ~ J


(wa.yan)