Wednesday, November 12, 2008

Tinggal Yang Haram, Dapat Yang Halal.

Assalamualikum...
Di sini wawa nak kongsi cerita dengan sahabat2 semua. berkaitan seorang lelaki pada zaman rasulullah yang hebat la bagi wawa..kisahnyer begini.....

kisah seorang lelaki zaman Rasulullah S.A.W yang kerjanya mencuri. Pada suatu subuh, pencuri itu singgah ke Masjid Nabi untuk berlindung. Ketika itu telah masuk waktu subuh lelaki tersebut pun solat jemaah bersam-sama. Sesudah itu, lelaki tersebut sempat mendengar tazkirah daripada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah berpesan " Sesiapa meninggalkan yang haram dan mendekati yang halal, akan Allah berkati seluruh kehidupannya. "

Lelaki itu keluar dari masjid dan melalui sebuah rumah, dilihatnya sebuah rumah yang pintunya terbuka dan terhidang makanan yang enak. Baru sahaja hendak dicapai makanan itu, lelaki tersebut teringat pesanan Rasulullah." Tinggal Yang Haram Dapat Yang Halal". Lalu makanan tadi tidak dijamah oleh lelaki tadi.

kemudian, lelaki tersebut ternampak bilik ke-2 yang penuh dengan emas. lelaki itu berlonjak gembira. tetapi... baru sahaja hendak mengambil emas tersebut lelaki itu teringat lagi pesan Rasulullah sekali lagi. Lalu dia meletakkan semula emas itu. Hatinya hampa.

kemudian, lelaki tersebut terus ke bilik ke-3. Alangkah terkejutnya lelaki tadi kerana terpandang betis kaki seorang wanita yang sangat cantik. Mahu dirapati wanita tersebut kemudian dia terus teringat akan pesan Rasulullah. "Tinggal yang Haram, dapat Yang Halal". Lelaki itu berundur kebelakang dan terlanggar barang . Lelaki itu, terus lari ke masjid. Disebabkan itu, menyebabkan wanita tersebut terjaga dan menjerit sambil berlari menjumpai Nabi Muhammad S.A.W memberitahu rumahnya dimasuki pencuri.

Wanita tersebut memberitahu Rasullullah S.A.W dan meminta baginda mencari seorang pengawal untuknya. Rasulullah mencari2 siapakah lelaki yang paling sesuai untuk wanita tersebut. Akhirnya Rasulullah terpandang seorang jejaka yang sedang bersandar pada dinding masjid. Lelaki itu dipanggil. " Wahai wanita, inginkah jika aku berikan engkau pengawal yang bukan sahaja dapat mengawa hartamu tetapi juga menjadi milikmu". wanita tersebut kehairanan. Baginda memandang lelaki tersebut . "Wahai saudara mahukah kamu kalau aku berikan engkau isteri?". lelaki itu terkejut. Akhirnya mereka dinikahkan.

Sekembalinya ke rumah wanita tersebut, lelaki itu terkejut kerana itulah rumah yang dimasukinya pagi tadi untuk mencuri makanan. Isterinya mengajaknya makan, lelaki itu pun menceritakan bahawa tadi dia berniat untuk mencuri makanan kerana terlalu lapar. Tetapi teringat akan pesan Rasulullah lansung tidak dijamah makanan tersebut.

kemudian, wanita tersebut memimpin tangan suaminya ke bilik ke-2 yang penuh dengan emas. lelaki itu, sekali lagi terkejut dan menceritakan hal yang sebenar kepada wanita tersebut. Wanita itu tersenyum lantas menjemput lelaki tersebut ke bilik peraduan. Lelaki itu tidak menduga sama sekali betis wanita yang dilihatnya itu dan cuba dikekangkan nafsunya daripada berbuat jahat itu rupanya betis isterinya yang sah sekarang.

sejak itu, dia berazam untuk tidak mahu mencuri lagi. Pesanan Rasulullah benar-benar mendidik nya menjadi lelaki yang baik..

hmm.... macam 2 l alkisahnya. Betapa hebatnya orang-orang dahulu apabila mendengar pesanan Rasulullah. Sekali dengar sahaja pesanan Rasullullah, terus meninggalkan kejahatan yang difikirkan. Rasulullah kita yang hebat.. Semoga kita semua dapat pengajaran dari cerita ni.. kalau sahabat2 nak cerita yang best lagi, bolehlah beli Majalah Anis. Cerita ni pun wawa ambil dari Majalah Anis keluaran Jun. Kisah ni menyentuh jiwa..hhehe..k Assalamualaikum.. Semoga sesiapa yang membaca artikel ini diberkati dan diampuni dosanya oleh ALLAh yang esa. Insyaallah...

HARI INI......

Assalamualaikum w.b.t.......

Hari ini jika aku rasa aku susah, aku miskin,aku rasa lemah dan keseorang tanpa sahabat, ketahuilah aku bahawa di luar sana masih ramai orang yang susah, kehilangan ibu bapa, hidup menderita, tiada rumah dan hanya mengharap kasih-sayang orang lain. Sepatutnya mesti ada rasa syukur dalam hati ini. Syukur atas nikmat yang allah kurniakan. Allah meguji aku dengan dugaan yang kecil begini untuk didik hati aku lebih tabah, sabar dan lebih matang, serta tidak melakukan kesalahan yang berulang-ulang kali. Aku mesti belajar dari kesilapan dan sebaik-baik manusia setelah sedar dia melakukan kesalahan atau dosa segeralah bertaubat. Allah maha pemurah dan pengampun. Aku juga bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang hebat dan berakhlak mulia.. Alhamdulillah..Allah makbulkan doaku yang itu..hanya Allah sahaja mengetahui doaku dan hati ini.

Hari ini aku sedar betapa pentingnya peranan hati dan akal dalam kehidupan. Itulah hati iaitu seketul daging di mana jika elok daging itu,maka eloklah seluruh anggota badan, jika busuk daging itu, maka buruklah segala akhlak dan amalan. Aku sangat memahami hal itu, namun sehingga hari ini, hati aku ini masih tidak mampu untuk lurus. Aku solat, aku membaca al-quran, dan aku berzikir,tetapi ianya masih tidak cukup bagi diri aku. Setiap hari aku berusaha dan muhasabah diri aku sendiri. Ada kala aku menangis tatkala aku sujud menyembah Allah yang esa itu. Aku menangis mengenangkan dosa yang aku lakukan, perkataan yang aku lemparkan, kata-kata hati yang tidak keruan ini,keinginan nafsu yang bermacam-macam ,perasaan marah yang tidak memberi faedah pada diriku dan segala perbuatan ku yang dahulu ada kalanya menjengkelkan dan sebagainya. Adakah masih ada kasih-sayang Allah untuk insan seperti aku?? Adakah tangisan ku semalam mendapat perhatian dari Allah?? Adakah amalan aku diterima?? Sesungguhnya aku hanya hamba Allah yang lemah dan hina.. Aku HANYA HAMBA.....


Hari ini juga kekuatan itu datang..Hati aku baru terasa betapa indahnya syurga Allah. Di sana nanti, tiada derita,tiada duka, tiada resah dan tiada persengketaan. Yang ada hanya kebahagian, keindahan dan suatu tempat yang sangat sempurna untuk melakukan ibadah. Aku juga mula sedar bahawa hanya di syurga lah kehidupan yang menjanjikan erti kebahagian dan hidup selama-lamaya. Bahagia yang tidak dapat digambarkan. Aku teringat buku mengenai rasulullah yang pernah kubaca. Dalam karya tersebut, rasullullah dikatakan pernah bergurau dengan mengatakan ”orang tua tak masuk syurga”. Sebabnya di syurga nanti semua manusia menjadi muda. Jadi tiada manusia yang tua sebab orang tua pun akan jadi muda semula. Bahagia kan jika kita sama-sama dapat masuk syurga, dengan mengalirnya Salsabila dan makanan Salwa. Aku mula terfikir, betapa indahnya jika aku mati syahid kerana Allah. Kadang-kadang aku fikir, saudara islamku di palestin, iraq dan afganistan sangat beruntung kerana mereka dapat mati syahid. Mereka dapat berjihad ke jalan Allah. Kanak-kanak yang dibunuh dan beribu-ribu bayi yang mati akibat tindakan rejim laknatullah itu akan masuk syurga. Tentu bahagia ibu bapa mereka jika mereka ingat akan janji-janji Allah. Sesungguhnya Allah yang maha penyayang itu tidak mungkir pada janjinya. Yang penting hati mesti redha. Tapi kita??apa yang kita jihadkan????...(fikir sendiri)


Hari ini juga aku belajar sesuatu, jika aku inginkan kebahagian dan kejayaan, aku mesti cari peluang dan fikir apa yang boleh buat aku bahagia. Hati mesti bersih..banyakkan istigfar dan bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan.. Dugaan yang lalu, memberi semagat kepada insan yang bergelar aku supaya lebih tabah..Hati mesti redha dengan ketentuan ilahi .. Tak akan aku biarkan hidup ini tersungkur oleh bisikan dan hasutan syaitan dan hawa nafsu.. Tak akan ku biarkan adik-adik ku yang masih kecil tertipu dengan dunia sementara ini. Andaikata ibu dan abah sudah tiada, tidak akan kubiarkan adik-adik kecilku dijaga oleh insan yang tidak bertangjawab kecuali aku benar2 yakin pada pegangan agamanya dan keperibadian sebagai seorang muslim.. IsyaAllah..selagi bernyawa.insyaallah aku berusaha .Aku yakin hari ini, Aku mempunyai pelindung yang hebat dan berkuasa iaitu Allah S.W.T.. Hanya Allah perlindung ku.. InsyaAllah.. Maha Suci Tuhanku..

Thursday, November 6, 2008


4TH KOLEJ...

Salam...
kepada adik2 dan kakak2 serta warga 4th kolej...
jom kita turun balai islam..
banyak pengisian tau..memang best..
kat sini, wawa senaraikan pengisian kat balai islam kk4 yang memang best.

ISNIN
PENGISIAN ILMU

SELASA
PENGAJIAN HADIS
USTAZ YAZID

RABU
TAFSIR AL-QURAN
USTAZ KHAIRUL

KHAMIS
BACAAN YASIN BERAMAI2.

JUMAAT
CERAMAH ILMU YANG MENARIK
USTAZ JUNAIDI(PRESIDENT)

SABTU
DISKUSI(ISU SEMASA)

AHAD
TAYANGAN/MOTIVASI

Segala pindaan tertakluk kepada pihak yang berwajib..so, apa tunggu lagi..jom kita ke balai islam.. insyaAllah dapat keberkatan.. yang paling penting, dapat solat berjemaah beramai-ramai..kan seronok tu..27x ganda pahala kita dapat.. ilmu dapat, pahala dapat, ukhwah antara islam pun akan terbina.. mesti seronok..dah pergi sekali, mesti nak pergi lagi..yang penting hati kena ikhlas..:D

MULUT...OH..MULUT...


Ok..hari ni, wawa nak kongsi sedikit ilmu berkaitan mulut..ha!kenapa dengan mulut ni.. cuba cek mulut kita, ada tak?hehe.. if ada jaga la elok2..sebenarnya mulut tu hanya luaran sahaja, yang wawa nak ujarkan kat ruangan ni berkaitan percakapan(apa yang kita tuturka)..lebih kepada adap bercakap. Jika kita tengok, hari ni, ramai anak-anak muda, kadang2 tu orang tua pun tak beradap bila bercakap. Cakap pakai sedap mulut jer..sampai boleh menyinggung perasaan orang.. betol x? biasa la, pepatah melayu kata ’ lidah tak bertulang’. So, kat sini, wawa nak bagi 11 adap sewaktu bercakap.

Rasullah S.A.W bersabda:

` Janganlah bercakap melebihi daripada zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dengan Allah”


11 Adap Bercakap:


1) Bercakap dengan nada yang jelastanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.

2) Bercakap di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang,ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

3) Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

4) Jika sesorang tengah makan , maka janganlah bercakap sesuatu yang menjijikkan atau sesuatu yang tidak disukainya.

5) Jangan bercakap didepan orang yang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberi motivasi kepadanya.

6) Jangan sesekali meniru percakapan orang lain.

7) Jangan bercakap secara berkumam mulut.

8) Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci maki.

9) Jangan memanggil orang yang tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya panggillah nama yang memuliakan mereka.

10) Janganlah memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenagkan.

11) Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang kamu sendiri masih kurang pasti mengenainya.


Hm...sumber2 ni wawa baca dalam buku DARA.com keluaran Julai..memang boleh dipercayai.. jadi, kita amalkan yang mana kita mampu.. n lebih penting, jaga mulut bila bercakap, supaya tak menyakiti hati orang lain. Hm..Ustaz Yazid pernah kata, sebenarnya, bila kita nak bercakap tentang sesuatu,tak kira la,apa2 pun yang terkeluar daripada mulut kita ni, sebenarnya telah ditapis, dihalusi oleh hati sebanyak 7 kali. So, pk2 la sendiri hati kita macam mana. Bicara yang mulia melambangkan akhlak muslimah yang baik.. :D..
Wasalam..


Assalamualaikum...
Hari ni seronok sangat. syukur alhamdullillah..nak tau x sebab apa?hehe: ) . semua assgmnt dah siap sepenuhnya. so, sekarang boleh la fokus pada study..nak exam.. exam baru2 ni(teori matematik 4 knk2 krg upy) memang rasa terkilan sikit sebab ada 1 soalan yang tak jawab..sebab wawa x study bab tu. xjangka pulak soalan tu nak kluar.. tapi xpe la, wawa dah usaha yang sebaik mungkin..insyaAllah.. ha! hari ni wawa n my group berjaya siapkan assgmnt Dr. Mariani yang glemer dgn perkataan AWAS!! ..hehe..jangan marah yer doc..
memang syukur sangat..Alhamdulillah.. semua ni Allah yang bantu.. Allah yang bagi kita daya fikiran, bagi wawa n my group kekuatan untuk berjalan kaki ke fak, n yang paling penting kami semua gembira wat kerja bersama..(ketenangan hati walaupun kerja last minit..hehe) . Start pukul 11 pagi sampai 6.45 petang kami siapkan assgmnt tu dekat fak..memang seronok.so, dah siap tu kami pun balik la..malam ni teringat kat mak n nenek..nak call tapi kredit pula xde.xpe la, ada rezeki nanti boleh la topup.. duit kat tangan pun ada rm3 je..hehe..insyaAllah 14hb ni ambk duit kat bank..sekarang kena berjimat cermat..hehe..:). saje je nak cite..:D

UKHWAH...