Tuesday, September 15, 2009

......TAFSIRAN MANUSIA.......

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata,

'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula,

"Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi,

"Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata,

"Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,

"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,

"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

sahabat2, memang kita tidak akan terlepas dengan tafsiran manusia yang pelbagai. Tanpa, usul periksa, tanpa mengetahui hal yg sebenar, tanpa perbincangan terlebih dahulu, manusia sangat mudah membuat tafsiran. Sudah menjadi lumrah manusia begitu. Kadang-kadang, tafsiran mereka itu, tersasar jauh dengan perkara yang sebenarnya. Dan ada kalanya, tafsiran manusia itu, membuatkan diri kita hilang pertimbangan. Hati menjadi lemah, hidup tidak ceria, dan sering megelakkan diri dengan masyarakat. Sedangkan hal yang sebenarnya tidaklah begitu.

Tatkala hati ini menjadi resah,sempit, dan terhiris luka dengan ucapan2 manusia yg tidak mengerti, maka pertamanya ucapkanlah istigfar, mungkin ada kelakuan kita atau percakapan kita yang mungkin telah melampaui batas. Anggaplah ia hanya ujian dari ilahi untuk menguji sejauh mana ketabahan dan kesabaran hati ini dalam meneroka kehidupan di dunia. Janganlah terus-menerus menyalahkan orang lain tanpa melihat kelemahan diri sendiri. Jika niat kita benar-benar suci dan lurus benar kerana Allah, usahlah gentar dan takut dengan tafsiran2 manusia itu lagi. Cukulah Allah yang mengetahui. Cukuplah Allah yang tahu segalanya..

" barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar , dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka , dan barangsiapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya" ( At-Thalaq:2-3).

mulakan langkah baru dengan senyuman, ikhlas, dan ingatan tulus kepada Allah yang sangat2 hampir dengan kita, dan ingatlah pesanan Luqman hakim di atas yang jelas mengatakan bahawa "Sesungguhnya tiada siapa yang terlepas dari percakapan manusia"...

~Nabi kita yang mulia itu pun tidak terlepas dari ucapan manusia, apatah lagi kita yang hidup di arus pemodenan yang penuh dugaan dan noda ini. Muhasabahlah diri, dan kembalikannya kepada AL-Khaliq.. InsyaAllah.. Wallahu'alam ~

~HIDUPLAH DENGAN BERSANGKA BAIK~:)

No comments: