Wednesday, February 3, 2010

PENGAJIAN HADIS

Assalamualaikum
Agak lama tidak menulis kat blog ni. Hampir terlupa akan dia..:).. bila tengok shoutmix kt sudut sembang2 tu, baru la tersedar nak menulis balik…jazakaAllah pada saudara yg menggelarkan dirinya Quest(mcm kenal je sapa 2), and jazakillah kak liza.. hmm..so, tuk permulaan kembalinya sy menlis, di sini saya ingin berkongsi pengajian hadis yang disampaikan oleh ustaz yazid di kolej kediaman ke4 semalam (KK4). Sebelum 2, dijemput sesiapa shj yg mmbca blog ni utk dtg ramai2 kat surau KK4 tuk pengisian jiwa dan rohani..insyaAllah.. setiap hari ada tazkirah..isyaAllah…

Selingan.:
Isnin: ustaz Yusri(-tajuk bebas)
Selasa: ustaz yazid( pengajian hadis)
Rabu: ustaz khairul (tafsir Quran)
Khamis : bacaan yasin

Jumaat : Ustaz Fikri (ahli sunnah wajamaah)
Sabtu: ustaz fendi ( solat)
Ahad : ustaz sabri..kdg2 ustaz zul PMK..

Jemput la datag tuk pegisian ilmu..ok..kita straigt 2 d point kat topic kita. Berkaitan pengajian hadis kan. Okeh..kat sini sya nak berkongsi ilmu hadis yang disampaikan semalam. Sangat menarik pengajaran ustaz sampai rasa rugi sangat2 if xdtg surau hari selasa. Hari2 lain pun sama juga. Bacalah dgn hati bacalah dgn menyebut nama tuhanMU..

Bismillahirahmanirahim..

Hadis ke 182 yang bermaksud

Dari Abdullah bin Amru in Ash dia berkata bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, sesungguhnya hati-hati anak adam semuanya di antara dua jari dari jari jari Allah yang Rahman. Seperti sekeping hati yang dibalikkan apa yang dia kehendaki. Kemudian rasulullah berdoa ,

“ya allah yang mencondongkan hati-hati, condongkanlah hati-hati kami atas ketaatan padamu”(maksud dlm BM)

Pengajaran hadis ni ada 3 iaitu:

1)sifat hati

-sifat hati itu Sentiasa berbolak-balik. Jika tidak dibelai dengan iman, hati ini umpama lalang yang mudah sahaja mengikut tiupan angin,sekejap ke sana sekejap ke sini.
Di sini, ustaz selalu berpesan untuk menjaga hati, kita haruslah Sentiasa ke majlis2 ilmu. 3 hari kita tak ke majlis ilmu(agama) hati akan ada titik hitam di hati, dan Sentiasa muhasabah diri.

2) kita disuruh untuk meminta dari Allah supaya menetapkan hati kita dalam ketaatan kepadaNYa.

3)tiada tempat mengharap melainkan pada Allah semata-mata.

Maksdnya jangan mudah berputus asa dan kecewa dengan musibah dan ujian yang melanda kerana setiap umat islam itu akan diuji hatinya, Allah pasti memberi, dan ustaz berpesan agar membaca penghulu istigfar setiap hari. insyaAllah..

Hadis ke 183 yg bermaksud:

Telah berkata Abdullah bin Umar, Rasulullah telah bersabda, setiap sesuatu tu ada hadnya sehinggakan lemah dan cerdik pun

Hadis ni ada 3 pengajaran juga.
1) Setiap sesuatu ada hadnya (batas)
2) Had sesuatu itu diambil dari had agama
3) Agama menjadi sebagai kayu ukur kepda stiap sesuatu perkara.
-maksudnya kita haruslah menegur seseorang untuk kebaikan dan teguran tersebut bukanlah untuk bermegah2 tetapi kerana tuntutan agama atas arahan dari Allah S.W.T

Hadis ke 184 yg bermaksud:

Dari Abu Hurairah dia telah berkta, telah bersabda Rasulullah s.a.w, tiadalah setiap yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadan fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan mereka yahudi dan nasrani dan memajusikannya.

Dalam hadis ini ada 3 pengajaran iaitu:
1) Ibu bapa pemberi contoh kepada anak-anak.
Di sini ustaz member contoh Luqmanl Hakim, di mana apabila ditanya kepada luqman , “bagaimana kamu menididik anak kamu sehingga sedemikan rupa?” lalu Luqman pun menjawab, “ sebelum anak aku ini lahir, 20 tahun sebelum itu aku menjadikan diri aku seorang yang soleh”. Maksudnya kat sini, sebelum berumah tangga , perlulah mendidik diri menjadi individu muslim yang baik sejajar dgn perintah agama. insyaAllah.

2) Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah yang baik
Semua anak-anak (bayi) yang dilahirkan adalah islam, (fitrah)

3) Ibu bapa yang membentuk mereka.

Hadis ke 185 yang bermaksud:
“abu Hurairah dia telah berkata, telah bersabda rasulullah s.a.w , Orang mukmin yang kuat lebih baik dan dsukai oleh Allah dari mukmin yang lemah.

Terdapat 3 juga pengajaran dalam hadis ini iaitu:
1) Orang mukmin yang kuat disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah

2) Orang mukmin sifatnya Sentiasa membina kehebata dirinya
-sentiasa tingkatkan ilmu dan perbaiki diri, muhasabah dri setiap hari, agae peingkatan amal dapat dilakukan. Orang yang kuat adalah orang yang sabar apbila ditimpa musibah.

3) Orang yang kuat yang disukai oleh Allah adalah orang yang beriman.
-contoh orang yang kuat adalah Sultan Muhamad Al-Fateh, di mana sewaktu berusia 33 tahun beliau Berjaya menawan kembali constantinople di Istanbul. Tenteranya adalah sebaiK-baik tentera dan mereka adalah orang2 yang beriman.

Hadis ke 186 bermaksud

"Dari Abu hurairah dia berkata, telah bersabda Rasulullah S.a.w ada setiap kebaikan, rebutlah apa yang member manfaat kepada kamu, dan mintalah pertolongan dari Allah dan jangan lemah. Dan jika menimpamu sesuatu, maka janganlah kamu berkata sesungguhnya (kalau dketahui aku buat begitu dan begini tetapi katakanlah Allah telah menetapkan dan apa yang dia kehendaki dia akan buat, maka sesungguhnya perkataan “jika” memuka angkara iblis.

Pengajaran hadis ini ada tujuh iaitu:
1) kita disuruh merebut perkara yang memberi manfaat untuk akhirat
2) kita disuruh membuat pergantungan pertolongan dari Allah
3)kita disuruh untuk jangan lemah semangat di dalam melakukan pekerjaan
4)kita disuruh tidak gundah gulana(bersedih hati) dalam apa yang telah ditetapkan kerana semuanya ada hikmah disebalik kejadian.
5)kita disuruh yakin dengan ketentuan Allah kerana ia adalah yang terbaik untuk diri kita
6) kita tidak disuruh mengeluh.
-kaum wanita selalunya dikaitakan dengan sikap ini, kerana keluhan ini berkaitan dengan emosi. So, kpd muslimah2 kawallah emosi semampu boleh kerana wanita yang kuat adalah wanita yang mampu mengawal emosi dan perasannya.
7) kita disuruh untuk tidak berkata “jika/kalau/ kerana ia akan membuka pintu syaitan ke dalam diri kita.

Itu sahaja, pengajaran hadis semalam. insyaAllah bertemu di post yang akan dating.. afwan. Semoga kita semua berada dalam limpahan Hidayah dan TaufiqNYA..Amin..

1 comment:

Anonymous said...

lama x update blog ukhti salwa.. ana tggu post terbaru