Saturday, July 18, 2009

KELEBIHAN DAN TARAF PEMBACA AL-QURAN

Assalamualaikum sahabat2 semua. insyaAllah , hari ni ,nak berkongsi berkaitan kelebihan Al-Quran dan taraf @ tingkatan bagi orang yg membacanya. Seperti yg kita sedia maklum, Al-Quran merupakan kalam suci Allah yg dijadikan pegangan dan panduan bagi setiap individu muslim. Di dalam surah Yunus ayat ke 57 (10;57) Allah berfirman yg bermaksud :

“wahai manusia! Sungguh telah datang kepadamu pelajaran( Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada di dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang2 yang beriman”

Penyembuh bagi penyakit bererti bukan sahaja penyakit hati/ di dalam dada(hasad, riak, ujub, megah2, keras hati, dss), tetapi juga penawar bagi penyakit luaran (sakit2 tertentu dgn bacaan ayat2 al-quran yg tertentu. InsyaAllah).

Memberi petunjuk serta rahmat. Al-Quran adalah kitab suci yg lengkap kerana segala penyelesaian masalah terdapat di dalam Al-Quran. Begitu juga dengan peringatan2 berkaitan hari Akhirat(hidup sesudah mati/ hari kebangkitan) dan keagungan Allah. Sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda

Aku tingkalkan kamu kepada dua perkara, di mana jika kamu ikutinya kamu tidak akan tersesat. Dua perkara itu adalah Al-Quran dan As-Sunnah(sunah2 Nabi Muhammad s.a.w)”

Di dalam petikan dari ‘Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya’ oleh Ustaz Abdullah Al-Qari bin Hj. Salleh mengupas kelebihan2 mereka yg membaca Al-Quran antaranya:

1). Pahala membaca satu huruf Al-Quran
i) dalam sembahyang= 100 kebajikan
ii)di luar sembahyang dengan berwuduk = 50 kebajikan
iii)tanpa wuduk = 10 kebajikan.

2. Pembaca Al-Quran adalah hartawan dan pahala membacanya tidak akan terputus mengikut ibnu Abbas.

3. Untuk selamat dari api neraka dan dilindungi daripada godaan syaitan

4. Al-Quran menjadi pembela di hari kiamat.

5. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.

6. Pembaca akan mendapat kemuliaan di dalam syurga.

7. Pembaca peroleh keamanan

8. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh Malaikat di langit.

9. Jika dibaca di rumah, akan memberi cahaya kepada rumah tersebut.

10. Mempelajari Al-quran dan membacanya mendapat keberkatan dan keharmonian hidup

Masa Yg Diutamakan Membaca Al-Quran
1. Waktu tgh malam sehingga terbit fajar
2. Di antara waktu magrib dan isya’
3. Sesudah sembahyang subuh.

Dan boleh dibaca bila2 waktu sahaja.. J
Tingkatan Pembaca Al-Quran.

1. Jutawan = membaca 300 hingga 1000 ayat setiap malam.
2. Jayawan = membaca 200 hingga 299 ayat setiap malam
3. Setiawan = membaca 100 hingga 199 ayat setiap malam
4. Pemelihara = membaca 50 hingga 99 ayat setiap malam
5. Yang ingat = membaca 10 hingga 49 ayat setiap malam
6.
Yang lalai = membaca 0 hingga 9 ayat setiap malam.

insyaAllah. Usahalah sebaik yg mungkin untuk mempelajarinya. Sesungguhnya Allah melihat kepada ketekunan dan usaha kita berbanding hasilnya. kita memilih Allah juga memilih,tetapi pilihan Allah itu lbh baik. Jadi buatlah pilihan yg tepat untk mencorak kehidupan diri.selamat merenung hati..:) insyaAllah tanamkan niat di hati utk menjadi jutawan setiap hari. Semoga menjadi panduan kepada diri sendiri dan sahabat2 semua.

1 comment:

Gaya Hidup Sihat said...

salam..
salam ziarah, hmm...betul tu.
org yg baca Al-quran mendapat tempat di sisi Allah swt..
hmm..
begitu juga dengan tingkatan kaedah bacaan pun ada 5..