Thursday, March 12, 2009

AKU MERINDUIMU...

Aku merinduimu...
(Devotees)
Tidak dapat ku gambarkan,
Rindu yang lahir dari hati ini,
Hanya yang mampu untukku lafazkan,
Aku merinduimu..

Terasa menjauh diri ini,
Kerna kau tiada di sisi,
Bergenang air mataku,
Bila terkenangkan wajahmu..

Ayah ibu dari jauh ku pohon restu..
Doamu titian kejayaanku,
Nasihat darimu kuingat selalu,
Tersemat di kalbu..

Oh Tuhan..
Berkatilahku dalam mencari ilmu,
Dengan redhamu moga ku jejaki,
Tempat yang dituju...

lagu ini tuju khas pada mak dan abah dan semua family..
-----------------------------------------------------------------------------------------------

salam..Assalamualaikum..


ini mak salwa..alhamdulillah masih ada ibu..syukur pada-Nya.. sangat rindu pada mak. walaupun nenek yang jaga salwa sampai form5 tapi mak tetap jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu..sayang pada mak...26hb feb 2009, nenek kesayangan telah kembali pada pemilik yang Haq. (Allah S.W.T)...hanya Allah sahaja yang tahu keaadaan salwa..hari ini 11 Mac 2009..baru salwa perasan dan terima yang nenek dah x ada..tapi kedua2 arwah tetap di hati..jazakillah pada mak, kak long, kak ngah, adik2 semua sebab waktu ni, hanya mereka yang memahami keadaan salwa . Terserlah kasih sayang mereka. Alhamdulillah...

and this is my beloved father..hensom x?..hehe.. walaupun abah jarang di rumah sebab mencari rezeki tapi abah tetap berusaha nak bahagiakan kami sekeluarga.sayang sangat pada abah,,jazakallah abah.. acik tetap sayang abah walau apa pun yang terjai..insyaAllah..
pernah satu ketika, waktu salwa sakit dan muntah2.. abah la yang bawa kereta, bangun pukul 2 pagi , n jaga salwa sampai la subuh kt ruang tamu. xblh tidur sbb asyik muntah je... n banyak lagi pengorbanan seorang abah jika nak ceritakan.. yang penting salwa sayangkan abah..
"Berbuat baik lah kamu terhadap kedua ibu bapa"
inginkan kebahagiaan??..mudah je..berbuat baiklah pada ibu bapa..insyaAllah, redha Allah akan bersama,.... salah satu nikmat yang Allah beri pada kita..banyakkanlah bersyukur padaNya kerana kita masih ada ibu dan ayah..



ni muhammad nur haikal. adik bongsu dalam family..adik2 lain , siti khadijah, muhammad nur hafiz, muhammad nur hilmi, muhammad nur hakim, & muhammad nur haris ..rindu pada hero2 kak cik semua..wajah lembut seorang kanak-kanak dah cukup untuk buat hati tertawa..keletah adik, semuanya...ni la satu2nya adik yang salwa jaga dari kecil (1 bulan) waktu mak sakit kena bedah hari 2..ahamduillah sampai sekarang adik sangat rapat dengan salwa..tapi time nakal n wt salah (yang melanggar undang2 tataterib masyarakat&kanak2..hehe) salwa rotan je,.rotan di kaki...pas rotan explain semula sebab apa kena rotan.. semua kanak-kanak macam 2. if x explain dia akan memberontak atau jadi pengecut(kesan jangka panjang)..
kesimpulannya:
semua ini adalah harta atau nikmat yang diberikan Allah kepada kita..banyakkanlah bersyukur..
jangan sia-siakan apa yang kita perolehi..bersyukur apa sahaja yang kita perolehi..sesungguhnya semua yang kita dapat ,semua yang kita perolehi adalah pemberian Allah dan Dia juga berhak untuk mengambilnya semula..
kepada Arwah nenek dan tok wan, hanya doa dan ayat2 suci Al-Quran yang mampu dikirim tanda kasih sayang dan rindu...insyaAllah... kepada sesiapa yang sudi membaca blog ini sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua Arwah yang dari kecil menjaga n mendidik salwa.. sayang semua..jazakallah hukhairan kasira..hanya Allah sahaja yang mampu balas kebaikan sahabat2 semua.
"sayangilah seseorang itu kerana Allah.. "
p/s: bacalah at-Mathurat setiap hari. seelok2nya selepas subuh dan selepas asar.. baca dengan maknanya sekali..insyaAllah akan bersyukur pada nikmat yang kita perolehi..
"Ya Allah, apa sahaja yang kami perolehi di waktu pagi(petang) dan diperolehi seseorang daripada makhluk-Mu, maka sebenarnya adalah daripada Engkau jua. Tidak ada sekutu bagiMu. pujian dan kesyukuran kami hanyalah untukMu"..

Doa rabitah...
"ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang dibayangi), telah berkumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariatMu, maka Eratkan lah Ya Allah akan ikatannya, Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini, tunjukkan lah hati2 ini ke jalanMu (yang benar). penuhkanlah piala hati2 ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak akan malap.Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu, hidupkanlah hati-hati ini dengan makrifah(pengetahuan sebenar) tentang-Mu, dan matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para syuhadah dalam memperjuangkan agamaMu,. Engkaulah sebaik2 pelindungan dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya"
bacalah doa ini, semoga hati2 kita sentiasa bertautan..insyaAllah.. sayang semua :)

No comments: