Thursday, April 23, 2009

Mataku indah, hatiku tenang memandangmu...ku jatuh cinta..pd sawah padi.

gambar2 semua amek kat internet..huhu..sape2 umah dia ada sawah padi..????


sistem pertaniah padi yg bagus.....

hijau yg tenang......pokok2 padi, sawah...huhuhuhu..rindunyer nk tgk yg real..


ni lagi sedap nak tgk..Ya Allah...indah sungguh ciptaanMu...



bestnyer dapt g sawh..hihihi..sape2 ade sawah padi kt umh dia..ana nak ikt blik blh?hihi..nak tgk sawah padi pd jarak yg dekat-realiti- hihihi...
~lihatlah ciptaan Allah yang Maha Besar ~

Sunday, April 19, 2009

Exam..dan doa..

assalamualaikum sahabat2..

hmm...skrg ni minggu exam..study week, so..semua org sibuk nak study, nak wat nota kecik la, and mcm2 lagi cara nk dptkn ilmu..apa2 pun betulkan niat kita semua, ilmu yg kita pelajari bkn hanya utk exam semata2 tapi untk bekalan kita di dunia... ilmu untuk akhirat pun wajib kita pelajari untuk kebahagian kita pd hari kebangkitan.. InsyaAllah..tanamkan niat yg tulus kerana Allah..



bersempena miggu exam ni, di sini, ana nak kongsi satu doa yg boleh kita baca sbelm kita nak studi..insyaAllah diberkati.. Ana pun dlm proses tuk mengamalkannya..insyaAllah, sama2 la kita berdoa tuk kebahagian bersama.selain doa ni, blh juga amalkan doa penerang hati..arwah nenek selalu pesan pd ana baca doa penerang hati ni selalu, setiap hari..hihi..rindu nenek..semoga arwah dirahmati selalu..insyaAllah.


doa mulakan ilmu..







sebelum berdoa and study, berwuduk lah dahulu..insyaAllah lbh brsemngt & segar. selain tu, dilindungi juga..hihihi..and semua sahabat2 buat yg terbaik untuk islam, untk diri, keluarga, masyrakt, dn negara. dan apa yg penting teguhkan hati, yakin pada usaha yg sahabat lakukan, berserah diri padaNya stelh berusaha bersungguh2..insyaAllah..berjaya.. All de best kepada semua sahabat..selamat beramal..:)..

~sujudku hanya padaMu~

Saturday, April 4, 2009

Bertemu Berpisah adalah Rahmat kasihNYA..


Selasa jam 12.30 am

Tidur nyenyakku tiba-tiba tersentak. Entah mengapa, ana pun tak mengerti. Degupan jantung berdegup laju tak keruan.

“Apa salah ana ni??”, itulah ayat yang terpacul keluar dari naluri hati ana sendiri.

Ana bingkas bangun beristigfar panjang dan mengucap (besrta maksudnya). Ana lihat kedua-dua Roommate ana sedang menyiapkan assigment. Ana masih tertanya-tany asendiri.

“Apa dosa hamba sampai jantung berdegup laju macam ni? Ya Allah, hamba terlupa nak baca Al-Quran sebelum tidur agaknya”, getus hati ana.

Ana tertidur tanpa membuat rutin harian. Ana bingkas bangun dari katil terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Namun, hati masih lagi begitu. Jantung masih berdegup kencang. Entah mengapa. Ana pun tak pasti. Setelah selesai, ana mencapai Al-Quran di atas meja dan terus menyelak surah Yassin dan Al- Mulk..Alhamdulillah jantung yang berdegup kencang yang membuatkan hati tak tenang itu semakin pulih. Benarlah firman Allah yang bermaksud:

“....ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan tenang” (surah Ar-Ra’d: ayat 28)

Biarlah malam itu menjadi rahsia antara ana dan Pencipta.

Rabu 8:00 am

“hidup lagi hamba..Alhamdulillah.” ana menadah tangan berdoa tanda kesyukuran pada Pencipta. Pagi itu,ana bersiap paling awal di antara roommate2 ana. Gembira rasa hati. Sambil ana menyikat dan menghurai rambut yang masih basah, tiba-tiba kedengaran lagu “Alhamdulillah” nyanyian Opick dan Amanda (lagu tema cerita Anakku bukan anakku) menanda satu panggilan diterima ana pada pagi tu.

“hmm..sapa call pagi2 ni ye?” kata hati ana.

...Calling....
Mama

Eh?ma call..hm..terus ana menekan “accept” tanda terima panggilan tadi.
“Assalamualaikum ma..”
“waalaikumsalam..”
“ada apa ma call acik pagi2 ni? Ada hal penting ye?”

_______________sunyi(tanpa suara)__________________

“hmmm...ni ma nak bagitau kat acik....hmmm..tok (nenek) kamu masuk wad ICU.. masuk tengah malam semalam..abah kamu yang jaga semalam 2..Tok KOMA..tak sedarkan diri”

_________________sunyi( terdiam tanpa suara)_______________
Akhirnya, ana bersuara walaupun masih dalam keadaan terkejut.
“oo..hmmm...hmmm...nanti acik balik ye ma.”
“eh!xpe la, ada kelas tak hari ni?”
“ada ma, kol 9. Hmmmm...xpe la ma, acik bersiap dulu ye,nak pi kuliah,nti apa2 hal bagitau acik ye ma”, ana bersuara walaupun pada waktu itu hati sudah goyah sedikit, tapi masih mampu menahan perasaan itu.
“ok, banyakkan berdoa,”
“ok ma,salam..sayang ma.”, ana mematikan telefon.

“Ya Allah ini yang terjadi semalam rupanya,
“Ya Allah, selamatkan tok ye,..ampunkan dosanya, ringankan sakitnya..tok, acik hanya mampu berdoa pada tok..sabar ye tok..acik balik hari jumaat ni tau tok..Ya Allah, Tolong ye Allah..hamba nak jumpa tok hari jumaat ni..insyaAllah”, itulah kata hatiku pada ketika itu. Tiada siapa yang ana harapkan lagi.

Pagi itu, kegembiraan hati yang terbina terus terpadam,tertutup rapat.. ana lansung tak pedulikan sahabat baik ana. Sepatah pun tak bercakap. Biarlah apa yang dia fikir, tapi ana memang xde mood untuk bersuara. Nasib baik sahabat baik ana sangat memahami. Dia lansung tidak bertanya kerana dia pasti ana mahu bersendirian. Walaupun pada riak wajahnya, dia ingin bertanya tapi dia lebih selesa jika ana yang menceritakan sendiri padanya.. maafkan ana sahabat. Ana tak kuat untuk bersuara ketika itu..maafkan ana kerana tak dapat nak ungkapkan perasaan ana sendiri untuk berkongsi waktu itu..

Bacaan yassin dan surah-surah penting ana sedekahkan pada tok ana yang sakit. Setelah selesai membaca(dalam 10minit) tiba-tiba satu mesej ana terima.

1 New message from:
Mama

Ana terus membaca mesej tersebut:

“ acik, lepas ni giliran ma jaga tok, ma harap sangat pada Allah supaya ditabahkan hati sebab tok lumpuh sebelah badan. Alhamdulillah hati ma makin tenang,syukur..terima kasih pada acik yang banyak bantu ma dalam hal ini. Terima kasih anak..” (mesej sbenar dalam short form)

Ya Allah, betapa terharunya hati ana waktu itu. Ana tak mampu nak tahan air mata yang hendak mengalir, sungguh!! Ana tak dapat tahan!. Bukan mak yang patut ucapkan terima kasih itu pada ana, sepatutnya diri ana yang harus ucap pada mak!. Banyak jasa mak selama ni, tapi jarang benar ana mengucapkan terima kasih, hanya waktu tertentu sahaja. Ya Allah, betapa kecilnya diri hamba ini..
Ana dengan pantas membalas mesej itu.

“ ma..terima kasih pada ma juga.jazakillah..acik sentiasa doakan kebahagian kita satu keluarga. Acik sayang mak. Sayang semua..terima kasih mak..terima kasih.doakan acik ye.salam”

Ana tak mampu nak bermesej dalam keadaan ana begitu. Ana off telefon tidak mahu diganggu. Perasaan ana betol2 terganggu dan diuji.

“Ya Allah, hamba ini hina. Ujian perasaan ini, hamba memang tak mampu. Hamba lemah Allah, hamba lemah”

Malam tu ana memang sangat sedih, ana tak tahu lagi nak cakap pada sapa. Sahabat maafkan ana. Dalam keadaan kekeliruan begitu, ana hanya mahu bersendirian. Ana xmampu nak bagitau sahabat baik ana yang ana sangat sayang pasal perkara ini. Maafkan ana menunjukkan riak wajah yang sedih dan tak menyenangkan pada sahabat..

Khamis 2.30pm
Ana baru selesai solat dan Hanya ana dalam bilik. Roommate ana kena jaga gerai hari ni. Habis pukul5. Ana bangun dari sejadah terus mendapatkan cermin. Ana lihat muka ana. Lama ana renung diri ana yang masih bertelekung(kain sembahyang).

“hmm..kesian kat diri ana sendiri. X terurus..hmm..apa la ana ni.. Ana.....xde siapa sayang ana kalau ana macam ni, tengok la diri ana..sedih je muka. Ana kena kuat!! Allah ada..” ana bercakap pada diri ana sendiri.

“Ya Allah, tabahkan hati hamba ye,..hamba sangat sunyi..hati hamba rindu pada keluarga, pada arwah atok, pada ma, pada kakak, adik2, abah,..hati hamba rindu pada sahabat, rindu pada diri hamba yang ceria dulu2, rindu pada matlamat hidup hamba yang sebenar..”, air mata yang mengalir xdapat disekat lagi oleh ana.

“hamba sedih semua orang yang hamba sayang, tinggalkan hamba macam tu je,..kenapa dia x explain apa2..mungkin ana salah tapi kenapa dia tak nak bersahabat dengan ana lagi?, hati ana keliru..skrg nenek, panjangkan umurnya ya Allah....hamba lemah, Allah jangan biarkan hamba ye, hati hamba sedih..tolong ye..hamba memang lemah. Andai apa yang terjadi lepas ni hamba redha..hamba redha ya Allah..insyaAllah”

Sewaktu ana, menyapu sisa air mata yang masih mengalir (sambil memegang Al-Quran dgn niat nak sedekah pada tok), tiba-tiba lagu “Alhamdulillah” itu kedengaran.

Calling...
Mama

Salam, ma..ada apa?
“salam.. acik............hmmm...tok...dah meninggal dunia...bersabar ye..sedekah banyak2..kalau boleh acik balik la sekarang, bincang dengan angah ye,.beli tiket..ye acik..sabar”

“innalillah..salam”
Ana terus matikan telefon, terkejut dengan berita....terlalu terkejut sehingga tiada kata2..

“Andai apa yang terjadi lepas ni hamba redha”,teringat ana kata2 ini.beru sahaja ana lafazkan..
Dan sekarang ana lalui saat yang sangat sukar..sangat teruji jiwa ana, perasaan ana, ...

Ana terduduk tanpa kata, ana terkaku, ana mati akal, ana terkedu, binggung, dan air mata panas it u terus mengalir..

“Ya Allah, kau lebih faham semua ni, KAU lebih Mengetahui..Tak sempat untuk hamba walaupun sehari lagi..YA Allah...sehari lagi hamba menunggu untuk pulang..”

Puas ana tahan perasaan ana, puas ana tapis kesedihan itu, tapi ana sendiri tak mampu.. air mata itu tetap mengalir..hati ana keliru..dan TIBA2

“Rasulullah xsuka kita meratapi mayat/jenazah.....kalau rasulullah xsuka, Allah lagi xsuka..”

Ana xtahu, dari mana datangnya satu semangat dalam hati ana, tiba2 naluri berkata

“Allah tidak meninggalkan mu dan tidak pula membencimu(surah duha)”
Waktu itu juga, ana teringat kata2 seorang ustaz yang ana pernah dengar ceramahnya.tajuknya La tahzan(jangan bersedih).

“LA TAHZAN...LA TAHZAN..apa di langit, apa di bumi adalah hak Allah..Allah berhak ambil semula apa yang DIA miliki...LA TAHZAN”
Banyak lagi kata2 yang tiba2 hadir dalam hati ana.

Ana menggenggam tangan, dan terus mengesat air mata itu. Ana capai telefon dan terus menghubungi kakak ana yang juga belajar berdekatan ana... Ana berlagak tenang ketika bersuara, gemelut hati, Allah sahaja yang tahu..

Petang itu, selepas selesai berbincang, ana pulang ke kg jam7. Tiket pukul7.. jazakillah pada seorang sahabat ana sampai ke KL Sentral. Hanya Allah dapat membalas kebaikan itu..jaakillahukhairan kasira akak..

Khamis 900pm

Dalam bas..
“tok dah kebumi lepas mengrib tadi, semuanya selamat, Allah pemudahkan..Alhamdulillah selamat kebumikan ”, kakak bersuara..
“...alhamdulillah selamat..”,hanya doa dan air mata waktu itu.

“hamba tak dapat jumpa tok buat kali terakhir..orang yang jaga hamba dari kecil sampai hamba form5,..akhirnya ini lah takdirnya... xdapat jumpa buat kali terakhir.........xpe la, Allah Maha Mengetahui segalanya.....Allah Maha Mengerti.. ...Allah.....ya Allah maafkan hamba..”, kata hati ana.

Apa yang berlaku sepanjang hidup ana bersama nenek dan arwah atok bermain2 di minda. Dari kecil ana dibesarkan oleh mereka berdua..mengajar ana alif ba ta, .kenangan tetap bersama..Hanya Ayat suci mengiringi arwah..ana xmampu buat apa2 melainkan bacaan ayat suci itu untuk nenek..

Semoga Allah merahmati arwah dan keberkatan malam jumaat tu, ana pohon Allah tunjukkan jalan keluar pada hati ana yang keliru begini...insyaAllah....

Hari ini..3.00pm
Dah 7 hari tok tinggalkan ana,..
Biarlah pencipta sahaja yang tahu keadaan ana hari2 yang telah berlalu itu. .

Dan sepanjang 7 hari tu apa yang ana dapat menilai adalah nilai erti sahabat ...mana satu yang dinamakan SAHABAT SEJATI dan SAHABAT yang hanya katakan sayang pada ana ttapi hakikatnya,itu hanyalah palsu..
dan disebalik itu juga, an boleh lihat sokongan dari keluarga ana sendiri..syukran..
Disebalik kepahitan ada kemanisan..
insyaAllah hari2 yang akan datang, ana kuatkan semangat...InsyaAllah...

ana masih punya keluarga, mak, abah, kaklong, kak ngah, adik2..dan sahabat2 yang setia..alhamdulillah..merekalah penyokong kuat ana.. ana tak kan hampakan mereka..ana sayangkan mereka, syukur masih ada mak dan abah dan keluarga yang sangat memahami ana.. Allah...alhamdulillah..sujudku hanya untukMU..

harapan tetap pada YANG SATU...

Itulah kisah hidup seorang yang bergelar ANA....... yang lemah........

ALLAH AKAN UJI ATAS SETIAP YANG KITA UCAPKAN”......
darinya kita datang dan kepadanya juga kita dikembalikan...

Islamic Hijri Calendar